Wednesday, March 31, 2010

maut dirempuh ketika isi minyak

taken from utusan online:


KUALA LUMPUR 29 Mac - Seperti kebiasaan, rutin Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, adalah mengisi minyak keretanya di stesen minyak BHP di Jalan Cheras, Taman Midah. Namun malang menimpanya malam tadi, apabila tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta, Hyundai Getz yang terbabas ketika dia sedang mengisi minyak keretanya.


Akibat rempuhan tersebut, Mohd. Yusri cedera parah di kepala dan meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kereta Hyundai Getz itu terbabas dipercayai setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di tepi jalan tersebut.


"Kereta dipandu seorang wanita berusia 23 tahun itu lalu meluru masuk ke stesen minyak tersebut dan merempuh mangsa yang sedang mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Abdullah menambah, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat.


Menurutnya, polis telah merekod keterangan pemandu itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



kesian pd mangsa & familynya kan? nak pegi isi minyak je pun, tiba2 boleh pulak ada kereta terbabas dkt situ. kalau dah ajal tu, boleh dtg di mana2 & bila2 masa pun..


kwn aku bg tgk rakaman cctv kejadian tu. aku pun tak tau dr mana dia dpt. tp memang sekelip mata jek tiba2 kereta getz tu merempuh mangsa.


nasib baik lah tak meletup stesen bhp tu.


al-fatihah..

Thursday, March 25, 2010

kau nak ramai2 follower apesal?

hai,

saya sudah follow kamu.

follow saya pulak.

*******.blogspot.com








ehh.. aku tak suruh pun kau follow aku. pastu jgn suruh aku follow balik boleh tak? suka hati aku la nak follow blog siapa..

Tuesday, March 23, 2010

aku benci betul la org mcm ni..

kwn aku nih merangkap agen insurans aku. tp dia nih sekadar part time je buat insurans tu, coz in the day dia nih colleague aku.

haritu aku ada nak buat health claim. time aku tgh mc lg dia dh beriye2 sms kata nnt bg all the details cpt2 sbb dia nak proses claim aku. pastu aku dah sehat tu aku bg la all the details. ingatkan dia terus la nak pegi process. sekali, 2 minggu lps tu baru dia gi submit.

pastu dia kata ada surat aku kena sign. tp sampai sekarang dia tak bg. bila aku tanya, manjang lupa nak bwk. sampaila sekarang ni aku tak sign pape pun, & claim aku tu pending mcm tu jek. agak bengang la jugak..

wahai kwnku, kau nak buat kerja, boleh tak serius sikit? dahla kau dpt komisyen tiap2 bulan sbb kau agent aku. tp bila nak process claim, dah 5 bulan tak setel lg. kalau ikut hati aku, aku nk buat report je pd company insurans & nak mintak tukar agent.

moral of the story, jgn ambil insurans dgn kwn. time nak promote beriye2, bila dah close deal lambat gila nak process claim aku. wth?

Tuesday, March 9, 2010

who will win the biggest loser asia?

david (indonesia)




carlo (phillipines)




aaron (malaysia)




martha (hong kong)




nak carlo @ aaron yg menang. x sabar nak tgk kevin. dah kurus ke dia? mesti comel ;)

mlm ni cancel semua plan. pukul 9pm nak tgk hallmark channel sambil makan keropok cicah sos. tgk org mengurangkan berat badan tp aku sendiri menambahkan berat badan. kahkahkah..

drpd tgk tgk perempuan gelak tak senonoh dlm terjah, baik aku layan cerita ni. bukan tak nak sokong rancangan tempatan, tapi kalau cerita sampah mcm tu. asyik nak mengutuk artis padahal diri sendiri mengumpat, mengutuk org, dgn ekspresi muka yg lebih2, gelak tak senonoh, tak malu ke ramai org tgk?

Tuesday, March 2, 2010

produk malam jumaat..

haritu aku dgn family tgk tv. sekali keluar iklan produk malam jumaat. ala, iklan yg tunjuk pukul 6 je, semua pekerja office tu cepat2 balik rumah. lps tu ada sorang laki sembur produk malam jumaat tu & call isteri dia kata nak balik awal sbb mlm tu malam jumaat.

sekali anak buah aku tanya..

"kenapa dia nak balik awal? kenapa dgn malam jumaat? tak paham...."

ha.. ape kau nak jawab?