Friday, December 3, 2010
Wednesday, December 1, 2010
3 org paling annoying abad ini
time takde bf, asyik tulis status mengeluh dkt fb.
bila dh ada bf, kecoh psl nak gi dating kat fb.
bila break up, mula balik status mengeluh dkt fb.
bila pegi kenduri kahwin, tulis kat fb sedih sbb bukan diri sendiri yg kahwin.
kesimpulannya, semua status ko menjurus ke aras kehidupan percintaan kau je.
mcm takde benda lain kau pikirkan dlm dunia ni.
GET A LIFE!
2. ada 2 sim kad tp satu handphone.
kejap kang pakai no ni, kejap lagi tukar pakai no satu lg.
kau tau tak susah org nak sms or nak call kau?
kalau contact satu no je, takut kau tak dpt.
habis, nak suruh aku call @ sms dua2 no kau?
KAU INGAT KAU VIP?
3. sibuk promote insurans kat fb
status kau tak habis2 psl insurans.
cth: tadi hantar wife dkt hospital. borak dgn sorang pakcik umur 60 tahun sakit buah pinggang dah 8 tahun. semua rawatan kena byr sendiri. anak2 pun dpt tolong sikit je. kalaulah dia ambil insurans bsn prudential masa muda2 dulu kan bagus...
esoknya tukar status lain pulak.
cth: adik sedara masuk hospital sbb operate appendiks. nasib baik ada insurans bsn prudential boleh cover..
MUAK LA AKU BACA!
Monday, September 20, 2010
sudah-sudahlah tu abby abadi..
Friday, August 13, 2010
ada org mintak kapel, aku nak jawab ape?
memula aku dh ckp salah no, tp dia hantar jugak.
aku dah malas nak layan.
so selalu aku ignore jek.
aku tau dia ni budak sekolah sbb sms dia ni selalu tanya pasal tusyen, homework, buku teks etc..
pepagi semalam masa sahur dia sms lg,
ishh budak2 sekarang.. time pukul 5 pagi tu kau nak mintak kapel?
Thursday, August 5, 2010
iklan raya lama-lama
puasa tinggal berapa hari je lagi ni.
antara perkara best time bulan puasa ialah iklan raya, especially iklan petronas.
tapi, iklan raya planta & eon ni lah yg paling nostal sekali.
teringat zaman kecik2 dulu...
nak gi cari iklan petronas pulak..
Wednesday, June 30, 2010
kelas bahasa bersama deedee
guy laroche - gi la ghoj
chanel - she nel ('she' seperti 'ke', 'nel' seperti 'bell')
yves saint laurent - ivs sen loghon (lebih selamat disebut sebagai YSL)
Thursday, June 24, 2010
lama tak merungut kat sini
isyhhh aku RIMAS laaaa..
suka nak paksa2 aku.
boleh tak kau mind ur own bisnes saje?
kau ingat aku takde life ke asyik nak pikir psl kemahuan kau jek??
sbb tu aku kat tmpt keja aku malas nak rapat2 dgn colleagues aku.
diaorg sekadar officemate, tp bukan sebagai kwn.
aku jarang cerita psl personal life aku dgn diaorg.
aku takdela nak keluar shopping2 dgn diaorg melainkan itu time lunch hour.
sbbnya, bosan kot dah tiap2 hari aku mengadap muka kau.
takkan la dh blk rumah @ time weekend2 pun aku nak carik kau jugak.
lgpun aku tak suka nak rapatkan diri dgn org yg aku baru kenal.
org kata "familiarity breeds contempt".
lg kenal, lg menyampah dibuatnya.
so baik aku kenal gitu2 jek.
aman hidup aku.
org kata aku sombong, suka hati korang lah.
asalkan aku bahagia.
ni tidak, time baik, kaulah besfren aku.
tp bila ada salah faham sikit, mulalah nak mengutuk je kerja.
pastu siap melobi dgn org lain suruh sokong dia, jgn sokong ex-besfren dia tu.
wth.
cukup.
aku dah ada 4 org kwn baik.
aku tak heran kalau kau tak nak kwn dgn aku pun.
Wednesday, June 2, 2010
i will follow u...
Sime Darby Conv Cntr (simedarbyconvec) is now following your tweets on Twitter.
errkk.. ape jadah sime darby convention center nih nak follow aku?
Tuesday, May 25, 2010
I wanna watch Toy Story 3
even cite ni psl toys kepunyaan sorang budak bernama andy, tp byk moral value yg kita boleh dpt especially on friendship lah. cthnya mcm tolong-menolong sesama kwn. coz kalau one of the toys ada problem, mesti toys ni semua akan kerja sama tolong kwn diaorg tu.
lgpun cite ni best gila sbb dpt tgk gila byk toys kt dlm nih. woody, si patung cowboy & buzz lightyear, si space ranger mmg 2 watak utama dlm cite ni. selain tu, ada hamm (pink piggy bank), rex (the green dinosaur), potato head (ubi kentang) & sarge (patung askar). ni antara kwn2 woody & buzz lightyear dlm toy story.
so toy story 3 akan keluar tak lama lg. kalau tak silap 17 june nnt. one toy yg aku teringin sgt nak tgk dlm toy story 3 ni ialah stretch, sotong colour purple ni. sbbnya before this takdek kot (klu tak silap la) sea creatures yg ada dlm byk2 toys tu. n at 1st aku ingat kan dia nih sotong jantan, rupanya perempuan okay! voiced by whoopi goldberg. interesting!!
ahh can't wait to watch the movie. lebih menarik klu dlm tgk yg 3d version punye, kan?
Monday, May 24, 2010
e-mail dari nuffnang
Congratulations on being one of the winners of the Project Alpha Ruumz Daily Contest! Your prizes have been delivered to the Nuffnang office and are ready for collection. As such, you're welcome to drop by our office from 9am - 6pm on weekdays to collect your prize. Our office is located at:
12B-5 & 12B-6,
Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.
Once again, congratulations on your win and we hope to see you at our office soon!
tak sangka pulak boleh menang daily contest ni. rasanya hadiah dia dpt gift pack dr adidas, P1 & ruumz.
okay, kat mana jln yap ah shak ni??
Thursday, May 20, 2010
terbayang-bayang sampai sekarang
aku search "normal childbirth".
entah kenapa aku tiba2 teringin nak tengok camne org beranak.
tp ada satu video tu tunjuk orang putih tu bersalin secara menonggeng.
ye, menonggeng, mcm binatang berkaki empat lah lebih kurang.
scary dowh.
sampai sekarang aku terbayang2.
s**t s**t!
tu la pasal
gatal lagi tgk video bukan2!!
Wednesday, May 5, 2010
catching up the pieces
semua benda aku buat tak menjadi.
lately, apa yg aku plan semua tak menjadi.
apa yg aku nak, semua tak dpt.
sampai aku terpk, "what the hell am i doing rite now?"
i used to be so organised, everything yg aku buat mesti well-planned
& benda2 tu semua mesti menjadi dgn jayanya.
sbb tu aku frust sgt2 bila semua yg aku plan tak menjadi.
dahla kerja byk sebenarnya.
tp aku mmg tak semangat nak buat.
demotivated betul.
rasa mcm nak quit semua benda
& all i wanna do is tidur.
hamik kau, sampai tahap camtu dah.
tp bila aku dh dpt berfikir dgn waras,
aku kena sedar, kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan segalanya.
mesti ada hikmah semua benda yg tak best tu jadi.
mesti punya, just maybe aku tak nampak je hikmahnya sekarang lg.
so slowly aku sedar, aku kena belajar meredhai.
kena terima apa yg dah @ akan jadi.
especially bila benda2 yg melibatkan byk pihak.
kena jaga gak hati semua org.
jgn nak ikut kepala aku jek bila buat decision tu.
so sekarang aku tgh nak setelkan satu2 benda.
one step at a time.
nak rushing2 pun takut semuanya nnt tak menjadi.
dan yg paling penting sekali kena REDHA.
ya, redha..
Thursday, April 29, 2010
robert & amy's wedding dance
Wednesday, April 28, 2010
Road Trip With My Broadband
tapi bukan semua org online sbb nak update blog. zaman sekarang ni kalau boleh semua nak online. baca paper, bayar bil, carik resepi, semuanya pakai online je. senang dan jimat. kalau nak bayar bil, tak perlu nak pergi post office or bank. apatah lagi siapa2 yg suka buat kerja last minute kan. sblm tidur @ tgh holiday baru teringat duit kereta tak byr lg. karang kalau tak byr, kereta kena tarik pulakkk :p
kalau dulu kalau nak online kena sambung pc @ laptop dkt modem, sekarang nih dah ada mobile broadband. dah ada mcm2 broadband, antaranya P1 w1max. senang pakai broadband ni, yg paling obvious lg ialah dia mobile. senang nak online kat mana2 pun, hatta dlm toilet sekali pun. contohnya mcm aku kalau pegi roadtrip ke utara ke, ada la dlm 7-8 jam dlm kereta. mesti bosan yg amat kan? so baikla aku on laptop, connect broadband, bolehlah jugak aku surf @ bloghopping.
contohnya mcm mamat kat dlm gambar ni. time driving pun sempat lagi nak pegang laptop. tp please don't try this in your car ye. kalau anda sebagai penumpang ke, bolehlah nak online, tp bukan kpd driver. tapi kalau tersekat dlm traffic jam tu, bolehlah surf barang seminit dua ye takk.. :p
so berbalik pd broadband td, P1 w1max ada menawarkan prepaid @ postpaid plan. maklumat lanjut psl setiap plan, boleh tgk kat sini. memang berbaloi untuk siapa yg always on-the-go, atau yg tak suka buang masa travel lama2. so kalau boring tu, online saja dlm kereta sementara nak tunggu sampai ke destinasi. mcm tagline dia jugak, when bored, turn to your wiggy. apa lagi, POTONG!! ;)
apatah lagi sekarang ni project alpha season 2 tgh ada kan, apa lagi bolehlah tgk youtube project alpha sambil tgh ber-road trip tu. sambil travel pun, confirm takkan miss utk tgk setiap episod project alpha.
episod 8
Tuesday, April 27, 2010
dah hantar tempah baju raya?
16 jun 2010?? gila awal!!!
tp mmg betul lah, org lain mmg dah start shopping2 kain utk baju raya. tp aku rasa still awal lg. tp tuhla, biasanya aku mesti hantar tempah dh dkt2 nak bulan puasa. mcm tahun2 lps, mesti aku kena merayu2 kt tailor2 utk terima tempahan baju aku.
haihh.. puasa pun lambat lg.. qada' puasa pon tak habis lg... huhu
Wednesday, April 21, 2010
My Version of Grooming Tips
grooming? klu ikut definition dr sini bermaksud "to care for the appearance of" atau "to make neat and trim". bg akak yg paling penting sekali utk grooming ialah kebersihan diri. kalau makeup cantik2, tp sebenarnya pengotor @ tak mandi pun tak guna jugak kan?
so yg paling penting sekali kena MANDI & GOSOK GIGI. mandi mesti bersih2. bukan mandi style p. ramlee setakat cuci mata jek.. :p kalau boleh siap syampu rambut sekali.
lps mandi, mesti pakai DEODORANT @ BODY SPRAY utk mengelakkan bau badan especially ketiak yg kurang menyenangkan. contoh deodorant yg boleh digunakan ialah adidas action 3 nih. dpt mengelakkan bau busuk bdn & mengandungi 0% alkohol.
bila dah wangi, bolehlah pakai baju. ingat, DRESS NICELY. pakai baju yg sesuai dgn diri adik2. jgn terlampau ikut trend, sampai jd fashion victim.
then, bolehlah MAKEUP. sblm makeup, mesti apply 3 steps wajib utk penjagaan muka; cleanse, tone & moisturize. makeup pun mesti ikut jugak. kalau setakat nak gi shopping mall, takyahla makeup mcm opera china. kalau baju simple, boleh ACCESSORIZE dgn pakai belt, rantai, hairclip etc2. tp jgn terlampau heavy! nnt nak jalan pun tak larat..
so adik2 ingat 5 steps grooming ini;
1. mandi & gosok gigi
2. deodorant @ body spray
3. dress nicely
4. makeup
5. accessorize
jom lihat contoh kat bawah:
ini dah kira over-groomed. accessories terlampau byk & tak sesuai dgn umur. bila akak tgk budak ni, terus teringat pd watak perempuan2 kaya dlm filem titanic. tp yg bagus, pakaiannya sopan & tak seksi. kahkahkah
okay, ini contoh terbaik budak yg well-groomed. simple je kan? sometimes, less is more. hanya dgn light makeup, baju yg sesuai, hairband & stokin belang2 dah cukup nice dah. bagus dik, anda berjaya!
all above pics were googled.
eh chop, kelas grooming belum tamat.
mari kita layan project alpha season 2 nih. ada 3 episod kat sini. cuba tgk diaorg dlm PA nih well-groomed ke tidak. hehhehe..
episod 1
episod 2
episod 3
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
Tuesday, April 13, 2010
scene cerita hantu yg aku tak boleh lupa sampai sekarang
mostly cerita hantu ni aku dah lupa sebenarnya. tp mesti ada scene yg aku teringat sampai sekarang. contohnya mcm cite2 yg aku listkan ni..
1. sundel bolong
ni indon punya cerita. lama dah cite nih, time aku kecik2 dulu. klu tak silap aku cite psl suzanna nih kena rape. pastu dia mati n jd hantu nak balas dendam kat org yg rape dia dulu. scene yg paling aku ingat masa dia mkn sate 200 cucuk. ada kt youtube klu nak tgk. tp dah besar2 ni pun aku takut nak tgk, boleh? haha.. cerita ni mmg seram. at least pd aku yg mmg penakut nih. dahla dulu2 mana ada censored2 ni kan. so tgk jelah semua scene seram tu di sambil tutup mata dgn bantal. dah tau penakut nak tgk jugak...
okay, cerita ni mmg bodoh. tp ada satu scene tu, ada pocong berdiri tepi katil sambil kejut mamat bernama joe; "joe.. bangun joe.." wah, suara dan rupa pocong itu mmg mencengkam jiwa sungguh! itu jelah part yg aku takut pun. overall jalan cerita sgt tak membina minda. eheh
3. toyol (kalau x silap tajuk la..)
aku tak ingat langsung cite ni camne. tp sampai sekarang terngiang2 dialog "bachok.. kemari kau bachokkk..."
4. misteri rumah tua
noor kumalasari yg berlakon. dia jadi patung, then bila mlm & kena hujan, patung tu cair then jadi hantu. scene last yg paling aku ingat ialah noor kumalasari lahirkan anak keluar ikut mulut. chis.. gila seram!
5. a tale of two sisters (cerita korea)
cerita ni tak seram sgt sebenarnya. tp entah kenapa aku rasa seram gila. actually bukan cerita hantu pon, ada twist sikit dlm cerita ni. tp bg aku seram la jugak. dah nama pun penakut kan. sampai sekarang aku tak penah tgk lg cite nih. cukupla sekali tu jek aku tgk kat wayang. kahkahkah
Wednesday, April 7, 2010
jenis blog yg disukai ramai
1. blog psl gossip artis. terutamanya kalau ada entry psl artis tu saman artis ni, artis tu kena tangkap polis, ada gambar artis ni tgh clubbing etc.. kalau nak tunggu kuar berita @ suratkhabar kan lambat. baca kat blog nih lg pantas dan byk gambar2 yg tidak akan diperolehi dlm mainstream media. heheh..
2. blog org loaded @ suka shopping. ni especially kalau author dia suka tunjuk brg apa dia beli, rumah dia camne, dia pegi holiday ke mana. ini sume bergantung kpd author tu sekadar nak berkongsi ataupun ada niat riak. haha.. tp aku mmg suka baca sbb aku tak mampu nak ada benda2 tu semua. so dpt tgk pun syok jugak.. takde niat serong okay.. :D
3. blog yg suka guna bahasa sempoi @ bahasa kesat. siapa yg nak baca blog2 skema? ramai yg nak baca blog sbb nakkan hiburan, bukannya nak tambah berat kat kepala. so lg syok baca blog yg guna bahasa yg sempoi @ bahasa pasar. mcm tgh dgr dia berckp je kalau baca blog tu. lg satu, ada author yg suka mencarut @ istilah2 18sx especially bila dia tgh menaga. aku gelak je la bila baca. sekadar hiburan. hehe..
4. blog artis @ celebrity. ni maksudnya artis yg ada blog sendiri. sapa fan dia mesti nak tau cerita dia, apa dia buat, apa dia mkn etc.. yg anti artis ni pun suka jugak baca sbb nak cari bahan nak kutuk. kahkahkah
5. blog yg kelakar @ sarcastic terhadap isu2 semasa. tak kisah lah isu hiburan ke, isu politik ke, isu sukan ke, ada jek idea dia nih nak buat lawak. instead of membincangkan isu tu dgn nada serius, author tu boleh buat cerita kelakar pulak. indirectly, aku pon dpt tau psl isu semasa walaupun aku malas baca paper @ tgk berita. hehe..
klu nak tgk pun, mcm2 jenis blog yg ada. especially kalau yg mmg tertumpu pd satu konsep, so dia dah ada target readers dia yg sendiri. cth mcm parenting ke, fashion ke, online shopping ke.. so dia mmg ada loyal readers yg akan follow. 5 di atas ni just some random type of blogs yg aku jumpa & suka baca sbg hiburan.
tp jgnlah sbb kau tgk blog tu dpt ribuan hits, kau pon nak tiru pulak. so not original okay! sbb ada la aku stalk satu blog ni, dia nak follow style (in terms of writing & blog content) sorang blogger yg famous ni. nampak sgt kotttt.. author tu tunjuk baju raya dia yg baru siap, kau pun nak tunjuk gambar baju raya kau dgn posisi yg sama time amik gambar. author tu post recipe kat blog dia, kau pon nak post recipe. sorrylah ye.. aku nih bila dah target satu org ni, mmg aku stalk je apa yg kau buat. so aku perasan je part mana yg kau tiru that famous blogger. plis lah berblog dgn berhemah & berintegriti. kahkahkah..
Monday, April 5, 2010
My Favourite Sport
kalau tanya favourite sport aku, aku kena pikir jap. aku bukanlah kaki sport sgt. dulu time kat sekolah pun participate hari sukan sekolah je (itupun tak menang!). other than that, jadi cheerleader jeklah kt kwn2. hehe tp dulu aku gila main basketball kejap. badan kecik, tp ada hati main basketball. bila main basketball, senang je pihak lawan nak kalahkan aku sbb diaorg sume tinggi2 & besar2. huhu...
to be frank, dulu aku tak penah pun tau adidas ada byk body care products. selama ni aku ingat adidas ni jual kasut, baju & sewaktu dgnnya. rupanya, siap ada cleaner & syampu rambut lg.. body spray & deodorant pun ada jugak. yg latest ialah adidas action 3. produk ni sesuai dipakai ketika bersukan sbb jenis yg menyerap peluh dan takkan mengeluarkan bau yg tidak menyenangkan bila kita berpeluh. lg satu, produk nih 0% alcohol & anti-whitening. so takkan meninggalkan kesan pd kulit atau baju kita. ada byk jenis la ye, dr intensive, control, fresh etc2 bergantung kpd bau dan kita ni jenis yg berpeluh mcm mana.
dulu masa mula2 aku kenal bf aku, aku penah tanya dia perfume apa dia pakai. sbb everytime jumpa dia, mesti bau wangi. siapa tak suka lelaki bau busuk kan? :p then masa kitaorg kat watson's, dia tunjuklah 'perfume' yg dia pakai tu. rupanya body spray adidas action 3 yg jenis fresh punya. walaupun sebenarnya target produk nih utk dipakai masa bersukan, dia pakai je bila2 masa sbb dia suka dgn baunya yg fresh sepanjang hari. harga pun tak mahal. siap perli lg harga perfume aku mahal sgt nak dibandingkan dgn harga spray ni. huhu..
haritu kitaorg pegi jln TAR utk shopping brg hantaran kahwin. dr pg2 sampai lewat ptg kitaorg tawaf jln TAR tu. walaupun dh berpeluh2 bagai sbb jalan non-stop, aku perasan bf aku nih still berbau wangi & fresh lg. kiranya takdekla mengganggu ketenteraman hidung aku. haha.. since sekarang ni kitaorg dua malas gila nak bersukan, shopping tu kira mcm sukan lah jugak kan? perlukan stamina yg tinggi, byk bergerak, kalori terbakar, lps shopping pun tetap rasa penat & berpeluh2 mcm org bersukan. just lps shopping, kitaorg jd sedih sikit sbb duit dh byk habis. hahaha..
so sekarang aku dah ada favourite sport yg baru, iaitu shopping bersama bf aku. sbb yg paling utama, aku takyah nak rasa risau bau badan dia jd busuk & masam sbb berpeluh kuat sgt. okay la tu kan? bolehla shopping selalu dgn dia.. :p
oh ya, byk info psl project alpha s2 yg boleh kita dpt dgn jd fan project alpha dkt fb nih. pastu byk contest & peluang utk participate acara2 diaorg nih. kalau nk jd fans, boleh jek klik kat badge kt bwh nih. senang gitu...
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
Sunday, April 4, 2010
pelajar pintar hilang, sms sudah kahwin
Perkahwinan itu dimaklumkan sendiri Halimaton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, di sini, semalam tetapi tidak menjelaskan siapa pemuda yang dikahwininya.
Halimaton yang terpilih sebagai pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Kedah pada 2007, dilaporkan keluar dari rumah pada pagi Isnin lalu untuk mengulang kaji pelajaran bersama rakannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang (SMKPP), dekat sini.
Dia bagaimanapun, dikatakan menghubungi ibunya lewat malam berkenaan, untuk memaklumkan dia ke Langkawi menemui seorang kawan.
Bagaimanapun, keesokan harinya, Halimaton dikatakan pulang ke rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sebelum disedari hilang dan gagal dikesan.
Friday, April 2, 2010
lagi kisah sedih
semalam, din beramboi pulak..
mcm2 rumours yg keluar masa arwah masuk hospital haritu. kena kencing tikus lah, minta derma darah lah.. sebenarnya arwah diserang denggi berdarah. mmg bahaya betul penyakit nih. cepat betul kesan dia. nauzubillah...
Wednesday, March 31, 2010
maut dirempuh ketika isi minyak
KUALA LUMPUR 29 Mac - Seperti kebiasaan, rutin Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, adalah mengisi minyak keretanya di stesen minyak BHP di Jalan Cheras, Taman Midah. Namun malang menimpanya malam tadi, apabila tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta, Hyundai Getz yang terbabas ketika dia sedang mengisi minyak keretanya.
Akibat rempuhan tersebut, Mohd. Yusri cedera parah di kepala dan meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kereta Hyundai Getz itu terbabas dipercayai setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di tepi jalan tersebut.
"Kereta dipandu seorang wanita berusia 23 tahun itu lalu meluru masuk ke stesen minyak tersebut dan merempuh mangsa yang sedang mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdullah menambah, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat.
Menurutnya, polis telah merekod keterangan pemandu itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
kesian pd mangsa & familynya kan? nak pegi isi minyak je pun, tiba2 boleh pulak ada kereta terbabas dkt situ. kalau dah ajal tu, boleh dtg di mana2 & bila2 masa pun..
kwn aku bg tgk rakaman cctv kejadian tu. aku pun tak tau dr mana dia dpt. tp memang sekelip mata jek tiba2 kereta getz tu merempuh mangsa.
nasib baik lah tak meletup stesen bhp tu.
al-fatihah..
Thursday, March 25, 2010
kau nak ramai2 follower apesal?
ehh.. aku tak suruh pun kau follow aku. pastu jgn suruh aku follow balik boleh tak? suka hati aku la nak follow blog siapa..
Tuesday, March 23, 2010
aku benci betul la org mcm ni..
haritu aku ada nak buat health claim. time aku tgh mc lg dia dh beriye2 sms kata nnt bg all the details cpt2 sbb dia nak proses claim aku. pastu aku dah sehat tu aku bg la all the details. ingatkan dia terus la nak pegi process. sekali, 2 minggu lps tu baru dia gi submit.
pastu dia kata ada surat aku kena sign. tp sampai sekarang dia tak bg. bila aku tanya, manjang lupa nak bwk. sampaila sekarang ni aku tak sign pape pun, & claim aku tu pending mcm tu jek. agak bengang la jugak..
wahai kwnku, kau nak buat kerja, boleh tak serius sikit? dahla kau dpt komisyen tiap2 bulan sbb kau agent aku. tp bila nak process claim, dah 5 bulan tak setel lg. kalau ikut hati aku, aku nk buat report je pd company insurans & nak mintak tukar agent.
moral of the story, jgn ambil insurans dgn kwn. time nak promote beriye2, bila dah close deal lambat gila nak process claim aku. wth?
Tuesday, March 9, 2010
who will win the biggest loser asia?
Tuesday, March 2, 2010
produk malam jumaat..
sekali anak buah aku tanya..
"kenapa dia nak balik awal? kenapa dgn malam jumaat? tak paham...."
ha.. ape kau nak jawab?
Tuesday, February 23, 2010
merungut ketika musim panas
merujuk pd entry dari sharinginfoz, siapa untung musim panas..
aku pun antara yg untung jugak. sbbnya selalu pg2 lps mandi mesti aku selsema. tp sekarang ni aku dah lama tak selsema. sbb pagi2 dah tak berapa sejuk.
aku ni tak tahan sejuk sebenarnya. mmg tak boleh duduk kat london aku ni. aku kalau duduk kat mcd ke, hotel ke lama2 dah mula la berlaga2 gigi aku nih. kalau time tidur pun, dlm pukul 3 pg mesti aku tutup aircond sbb dh sejuk sgt. kalau hari biasa, kadang2 aku tak bukak kipas pun time hari siang.
kwn aku ckp aku nih kurus sgt takde lemak. sbb tuh cepat sejuk sbb takde penebat haba. ada pulak yg ckp aku ni manusia berdarah sejuk. cpt terpengaruh dgn suhu sekeliling. hahaha apa2 jelah korang.
tp kesian aku tgk kat pokok2. kalau tak disiram mmg la dah mcm nak mati. mak aku la yg paling rajin menyiram pokok2 bunga dia time musim panas ni.
kita sebagai manusia kena redha jelah. chewah tiba2 masuk mode ustazah. jgn asyik nak merungut jek dgn cuaca nih. panas merungut, hujan pun merungut. dah tu ko duduk lah dlm rumah kaca yg ko boleh set2 temperature sendiri. :p
haritu hujan kejap kat rumah, rasa nak sujud syukur dah..