Sunday, April 4, 2010

pelajar pintar hilang, sms sudah kahwin


excerpt dr berita harian 29 mac;

BALING: Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu, mendakwa sudah berkahwin dipercayai dengan seorang pemuda berasal dari Langkawi berusia 19 tahun dan kini menetap di Kuala Krai, Kelantan.

Perkahwinan itu dimaklumkan sendiri Halimaton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, di sini, semalam tetapi tidak menjelaskan siapa pemuda yang dikahwininya.

Bagaimanapun, menerusi siasatan yang dilakukan datuk saudaranya, Ahmad Omar, 43, nama Halimaton didapati tercatat dalam daftar perkahwinan di Golok, sempadan Kelantan-Thailand.

Halimaton yang terpilih sebagai pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Kedah pada 2007, dilaporkan keluar dari rumah pada pagi Isnin lalu untuk mengulang kaji pelajaran bersama rakannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang (SMKPP), dekat sini.

Dia bagaimanapun, dikatakan menghubungi ibunya lewat malam berkenaan, untuk memaklumkan dia ke Langkawi menemui seorang kawan.

Bagaimanapun, keesokan harinya, Halimaton dikatakan pulang ke rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sebelum disedari hilang dan gagal dikesan.

utk berita penuh, klik sini..

hai.. tak paham betul aku. baru umur 15 tahun dah gatal nak kahwin. dulu aku time form 3 aku tak terpk pun psl kahwin. baru reti nak bercinta monyet. itupun tak terpk nak kawin dgn crush aku tu. advance betul lah budak2 sekarang ni.

u'll miss so much fun in your teenage life, girl..

Friday, April 2, 2010

lagi kisah sedih

haritu yanie (mentor)...


semalam, din beramboi pulak..



mcm2 rumours yg keluar masa arwah masuk hospital haritu. kena kencing tikus lah, minta derma darah lah.. sebenarnya arwah diserang denggi berdarah. mmg bahaya betul penyakit nih. cepat betul kesan dia. nauzubillah...

al-fatihah to all their family members. even though i'm not their fan pun, tp berita ni betul2 mengejut & menginsafkan. maut tu dtg tak mengira masa... hari ni kita sihat, tiba2 sakit tu boleh dtg menyerang.. kena jaga kesihatan & always be prepared..
source pics: encik google