Thursday, April 29, 2010

robert & amy's wedding dance

semalam layan rerun everybody loves raymond kat star world. biasa lah mat salleh semua ni kalau time wedding kan mesti ada 1st dance as husband & wife. selalunya mesti romantik & lemah gemalai je wedding dance tu, tp yg robert & amy nih menari kelakar tak hengat. lawak gila.. enjoy... :)


Wednesday, April 28, 2010

Road Trip With My Broadband

kalau dah nama blogger tegar tu, kalau boleh 24 jam 7 hari seminggu nak online je. kalau tak update blog, baca blog org lain. dah macam makan blog, tidur blog, minum blog dah ni.

tapi bukan semua org online sbb nak update blog. zaman sekarang ni kalau boleh semua nak online. baca paper, bayar bil, carik resepi, semuanya pakai online je. senang dan jimat. kalau nak bayar bil, tak perlu nak pergi post office or bank. apatah lagi siapa2 yg suka buat kerja last minute kan. sblm tidur @ tgh holiday baru teringat duit kereta tak byr lg. karang kalau tak byr, kereta kena tarik pulakkk :p

kalau dulu kalau nak online kena sambung pc @ laptop dkt modem, sekarang nih dah ada mobile broadband. dah ada mcm2 broadband, antaranya P1 w1max. senang pakai broadband ni, yg paling obvious lg ialah dia mobile. senang nak online kat mana2 pun, hatta dlm toilet sekali pun. contohnya mcm aku kalau pegi roadtrip ke utara ke, ada la dlm 7-8 jam dlm kereta. mesti bosan yg amat kan? so baikla aku on laptop, connect broadband, bolehlah jugak aku surf @ bloghopping.


source pic: google

contohnya mcm mamat kat dlm gambar ni. time driving pun sempat lagi nak pegang laptop. tp please don't try this in your car ye. kalau anda sebagai penumpang ke, bolehlah nak online, tp bukan kpd driver. tapi kalau tersekat dlm traffic jam tu, bolehlah surf barang seminit dua ye takk.. :p

so berbalik pd broadband td, P1 w1max ada menawarkan prepaid @ postpaid plan. maklumat lanjut psl setiap plan, boleh tgk kat sini. memang berbaloi untuk siapa yg always on-the-go, atau yg tak suka buang masa travel lama2. so kalau boring tu, online saja dlm kereta sementara nak tunggu sampai ke destinasi. mcm tagline dia jugak, when bored, turn to your wiggy. apa lagi, POTONG!! ;)

apatah lagi sekarang ni project alpha season 2 tgh ada kan, apa lagi bolehlah tgk youtube project alpha sambil tgh ber-road trip tu. sambil travel pun, confirm takkan miss utk tgk setiap episod project alpha.

episod 8


episod 9
episod 10
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Tuesday, April 27, 2010

dah hantar tempah baju raya?

td aku dpt sms dr tailor yg selalu jahit baju aku..

"pelanggan maz boutique yg dihormati, tempahan pakaian utk aidilfitri telah dibuka & ditutup pd 16 jun 2010. blablabla.."

16 jun 2010?? gila awal!!!

tp mmg betul lah, org lain mmg dah start shopping2 kain utk baju raya. tp aku rasa still awal lg. tp tuhla, biasanya aku mesti hantar tempah dh dkt2 nak bulan puasa. mcm tahun2 lps, mesti aku kena merayu2 kt tailor2 utk terima tempahan baju aku.

haihh.. puasa pun lambat lg.. qada' puasa pon tak habis lg... huhu

Wednesday, April 21, 2010

kucing yg suka mkn cheeseburger

sementara nak tunggu blk keja nih, meh layan kucing2 comel ni sat..















tetiba teringin pulak nak mkn double cheeseburger mcd. nyummm..

My Version of Grooming Tips

hello adik2.. hari ni kak deedee akan bg kelas grooming utk adik2 semua.

grooming? klu ikut definition dr sini bermaksud "to care for the appearance of" atau "to make neat and trim". bg akak yg paling penting sekali utk grooming ialah kebersihan diri. kalau makeup cantik2, tp sebenarnya pengotor @ tak mandi pun tak guna jugak kan?

so yg paling penting sekali kena MANDI & GOSOK GIGI. mandi mesti bersih2. bukan mandi style p. ramlee setakat cuci mata jek.. :p kalau boleh siap syampu rambut sekali.



lps mandi, mesti pakai DEODORANT @ BODY SPRAY utk mengelakkan bau badan especially ketiak yg kurang menyenangkan. contoh deodorant yg boleh digunakan ialah adidas action 3 nih. dpt mengelakkan bau busuk bdn & mengandungi 0% alkohol.



bila dah wangi, bolehlah pakai baju. ingat, DRESS NICELY. pakai baju yg sesuai dgn diri adik2. jgn terlampau ikut trend, sampai jd fashion victim.


then, bolehlah MAKEUP. sblm makeup, mesti apply 3 steps wajib utk penjagaan muka; cleanse, tone & moisturize. makeup pun mesti ikut jugak. kalau setakat nak gi shopping mall, takyahla makeup mcm opera china. kalau baju simple, boleh ACCESSORIZE dgn pakai belt, rantai, hairclip etc2. tp jgn terlampau heavy! nnt nak jalan pun tak larat..



so adik2 ingat 5 steps grooming ini;
1. mandi & gosok gigi
2. deodorant @ body spray
3. dress nicely
4. makeup
5. accessorize

dah paham?


jom lihat contoh kat bawah:






ini dah kira over-groomed. accessories terlampau byk & tak sesuai dgn umur. bila akak tgk budak ni, terus teringat pd watak perempuan2 kaya dlm filem titanic. tp yg bagus, pakaiannya sopan & tak seksi. kahkahkah


okay, ini contoh terbaik budak yg well-groomed. simple je kan? sometimes, less is more. hanya dgn light makeup, baju yg sesuai, hairband & stokin belang2 dah cukup nice dah. bagus dik, anda berjaya!


all above pics were googled.



eh chop, kelas grooming belum tamat.

mari kita layan project alpha season 2 nih. ada 3 episod kat sini. cuba tgk diaorg dlm PA nih well-groomed ke tidak. hehhehe..





episod 1




episod 2



episod 3


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, April 13, 2010

scene cerita hantu yg aku tak boleh lupa sampai sekarang

dulu2 punya cerita hantu mmg serius seram mencengkam jiwa aku. sampai sekarang kot aku still teringat2. dahlah aku nih penakut. mmg konpem tak boleh lawan cerita jgn pandang belakang ke, momok ke..

mostly cerita hantu ni aku dah lupa sebenarnya. tp mesti ada scene yg aku teringat sampai sekarang. contohnya mcm cite2 yg aku listkan ni..



1. sundel bolong


ni indon punya cerita. lama dah cite nih, time aku kecik2 dulu. klu tak silap aku cite psl suzanna nih kena rape. pastu dia mati n jd hantu nak balas dendam kat org yg rape dia dulu. scene yg paling aku ingat masa dia mkn sate 200 cucuk. ada kt youtube klu nak tgk. tp dah besar2 ni pun aku takut nak tgk, boleh? haha.. cerita ni mmg seram. at least pd aku yg mmg penakut nih. dahla dulu2 mana ada censored2 ni kan. so tgk jelah semua scene seram tu di sambil tutup mata dgn bantal. dah tau penakut nak tgk jugak...

2. blok 404



okay, cerita ni mmg bodoh. tp ada satu scene tu, ada pocong berdiri tepi katil sambil kejut mamat bernama joe; "joe.. bangun joe.." wah, suara dan rupa pocong itu mmg mencengkam jiwa sungguh! itu jelah part yg aku takut pun. overall jalan cerita sgt tak membina minda. eheh



3. toyol (kalau x silap tajuk la..)

aku tak ingat langsung cite ni camne. tp sampai sekarang terngiang2 dialog "bachok.. kemari kau bachokkk..."



4. misteri rumah tua


noor kumalasari yg berlakon. dia jadi patung, then bila mlm & kena hujan, patung tu cair then jadi hantu. scene last yg paling aku ingat ialah noor kumalasari lahirkan anak keluar ikut mulut. chis.. gila seram!



5. a tale of two sisters (cerita korea)



cerita ni tak seram sgt sebenarnya. tp entah kenapa aku rasa seram gila. actually bukan cerita hantu pon, ada twist sikit dlm cerita ni. tp bg aku seram la jugak. dah nama pun penakut kan. sampai sekarang aku tak penah tgk lg cite nih. cukupla sekali tu jek aku tgk kat wayang. kahkahkah

Wednesday, April 7, 2010

jenis blog yg disukai ramai

ada certain2 blog tu, satu hari sampai beribu2 visitors. kalau author dia tak update pun, still org masuk blog dia tiap hari sbb ternanti2 entry drpd dia. so hasil observation aku, jenis2 blog yg camni yg ramai org suka baca (termasuk la aku.. hehe)

1. blog psl gossip artis. terutamanya kalau ada entry psl artis tu saman artis ni, artis tu kena tangkap polis, ada gambar artis ni tgh clubbing etc.. kalau nak tunggu kuar berita @ suratkhabar kan lambat. baca kat blog nih lg pantas dan byk gambar2 yg tidak akan diperolehi dlm mainstream media. heheh..

2. blog org loaded @ suka shopping. ni especially kalau author dia suka tunjuk brg apa dia beli, rumah dia camne, dia pegi holiday ke mana. ini sume bergantung kpd author tu sekadar nak berkongsi ataupun ada niat riak. haha.. tp aku mmg suka baca sbb aku tak mampu nak ada benda2 tu semua. so dpt tgk pun syok jugak.. takde niat serong okay.. :D

3. blog yg suka guna bahasa sempoi @ bahasa kesat. siapa yg nak baca blog2 skema? ramai yg nak baca blog sbb nakkan hiburan, bukannya nak tambah berat kat kepala. so lg syok baca blog yg guna bahasa yg sempoi @ bahasa pasar. mcm tgh dgr dia berckp je kalau baca blog tu. lg satu, ada author yg suka mencarut @ istilah2 18sx especially bila dia tgh menaga. aku gelak je la bila baca. sekadar hiburan. hehe..

4. blog artis @ celebrity. ni maksudnya artis yg ada blog sendiri. sapa fan dia mesti nak tau cerita dia, apa dia buat, apa dia mkn etc.. yg anti artis ni pun suka jugak baca sbb nak cari bahan nak kutuk. kahkahkah

5. blog yg kelakar @ sarcastic terhadap isu2 semasa. tak kisah lah isu hiburan ke, isu politik ke, isu sukan ke, ada jek idea dia nih nak buat lawak. instead of membincangkan isu tu dgn nada serius, author tu boleh buat cerita kelakar pulak. indirectly, aku pon dpt tau psl isu semasa walaupun aku malas baca paper @ tgk berita. hehe..

klu nak tgk pun, mcm2 jenis blog yg ada. especially kalau yg mmg tertumpu pd satu konsep, so dia dah ada target readers dia yg sendiri. cth mcm parenting ke, fashion ke, online shopping ke.. so dia mmg ada loyal readers yg akan follow. 5 di atas ni just some random type of blogs yg aku jumpa & suka baca sbg hiburan.

tp jgnlah sbb kau tgk blog tu dpt ribuan hits, kau pon nak tiru pulak. so not original okay! sbb ada la aku stalk satu blog ni, dia nak follow style (in terms of writing & blog content) sorang blogger yg famous ni. nampak sgt kotttt.. author tu tunjuk baju raya dia yg baru siap, kau pun nak tunjuk gambar baju raya kau dgn posisi yg sama time amik gambar. author tu post recipe kat blog dia, kau pon nak post recipe. sorrylah ye.. aku nih bila dah target satu org ni, mmg aku stalk je apa yg kau buat. so aku perasan je part mana yg kau tiru that famous blogger. plis lah berblog dgn berhemah & berintegriti. kahkahkah..

Monday, April 5, 2010

My Favourite Sport

since ramai yg join contest nuffnang ni, aku pun nak try la jugak. tiba2 mlm ni dpt mood utk mengarang.. ;)

kalau tanya favourite sport aku, aku kena pikir jap. aku bukanlah kaki sport sgt. dulu time kat sekolah pun participate hari sukan sekolah je (itupun tak menang!). other than that, jadi cheerleader jeklah kt kwn2. hehe tp dulu aku gila main basketball kejap. badan kecik, tp ada hati main basketball. bila main basketball, senang je pihak lawan nak kalahkan aku sbb diaorg sume tinggi2 & besar2. huhu...

to be frank, dulu aku tak penah pun tau adidas ada byk body care products. selama ni aku ingat adidas ni jual kasut, baju & sewaktu dgnnya. rupanya, siap ada cleaner & syampu rambut lg.. body spray & deodorant pun ada jugak. yg latest ialah adidas action 3. produk ni sesuai dipakai ketika bersukan sbb jenis yg menyerap peluh dan takkan mengeluarkan bau yg tidak menyenangkan bila kita berpeluh. lg satu, produk nih 0% alcohol & anti-whitening. so takkan meninggalkan kesan pd kulit atau baju kita. ada byk jenis la ye, dr intensive, control, fresh etc2 bergantung kpd bau dan kita ni jenis yg berpeluh mcm mana.




dulu masa mula2 aku kenal bf aku, aku penah tanya dia perfume apa dia pakai. sbb everytime jumpa dia, mesti bau wangi. siapa tak suka lelaki bau busuk kan? :p then masa kitaorg kat watson's, dia tunjuklah 'perfume' yg dia pakai tu. rupanya body spray adidas action 3 yg jenis fresh punya. walaupun sebenarnya target produk nih utk dipakai masa bersukan, dia pakai je bila2 masa sbb dia suka dgn baunya yg fresh sepanjang hari. harga pun tak mahal. siap perli lg harga perfume aku mahal sgt nak dibandingkan dgn harga spray ni. huhu..

haritu kitaorg pegi jln TAR utk shopping brg hantaran kahwin. dr pg2 sampai lewat ptg kitaorg tawaf jln TAR tu. walaupun dh berpeluh2 bagai sbb jalan non-stop, aku perasan bf aku nih still berbau wangi & fresh lg. kiranya takdekla mengganggu ketenteraman hidung aku. haha.. since sekarang ni kitaorg dua malas gila nak bersukan, shopping tu kira mcm sukan lah jugak kan? perlukan stamina yg tinggi, byk bergerak, kalori terbakar, lps shopping pun tetap rasa penat & berpeluh2 mcm org bersukan. just lps shopping, kitaorg jd sedih sikit sbb duit dh byk habis. hahaha..

so sekarang aku dah ada favourite sport yg baru, iaitu shopping bersama bf aku. sbb yg paling utama, aku takyah nak rasa risau bau badan dia jd busuk & masam sbb berpeluh kuat sgt. okay la tu kan? bolehla shopping selalu dgn dia.. :p

oh ya, byk info psl project alpha s2 yg boleh kita dpt dgn jd fan project alpha dkt fb nih. pastu byk contest & peluang utk participate acara2 diaorg nih. kalau nk jd fans, boleh jek klik kat badge kt bwh nih. senang gitu...


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Sunday, April 4, 2010

pelajar pintar hilang, sms sudah kahwin


excerpt dr berita harian 29 mac;

BALING: Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu, mendakwa sudah berkahwin dipercayai dengan seorang pemuda berasal dari Langkawi berusia 19 tahun dan kini menetap di Kuala Krai, Kelantan.

Perkahwinan itu dimaklumkan sendiri Halimaton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, di sini, semalam tetapi tidak menjelaskan siapa pemuda yang dikahwininya.

Bagaimanapun, menerusi siasatan yang dilakukan datuk saudaranya, Ahmad Omar, 43, nama Halimaton didapati tercatat dalam daftar perkahwinan di Golok, sempadan Kelantan-Thailand.

Halimaton yang terpilih sebagai pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Kedah pada 2007, dilaporkan keluar dari rumah pada pagi Isnin lalu untuk mengulang kaji pelajaran bersama rakannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang (SMKPP), dekat sini.

Dia bagaimanapun, dikatakan menghubungi ibunya lewat malam berkenaan, untuk memaklumkan dia ke Langkawi menemui seorang kawan.

Bagaimanapun, keesokan harinya, Halimaton dikatakan pulang ke rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sebelum disedari hilang dan gagal dikesan.

utk berita penuh, klik sini..

hai.. tak paham betul aku. baru umur 15 tahun dah gatal nak kahwin. dulu aku time form 3 aku tak terpk pun psl kahwin. baru reti nak bercinta monyet. itupun tak terpk nak kawin dgn crush aku tu. advance betul lah budak2 sekarang ni.

u'll miss so much fun in your teenage life, girl..

Friday, April 2, 2010

lagi kisah sedih

haritu yanie (mentor)...


semalam, din beramboi pulak..



mcm2 rumours yg keluar masa arwah masuk hospital haritu. kena kencing tikus lah, minta derma darah lah.. sebenarnya arwah diserang denggi berdarah. mmg bahaya betul penyakit nih. cepat betul kesan dia. nauzubillah...

al-fatihah to all their family members. even though i'm not their fan pun, tp berita ni betul2 mengejut & menginsafkan. maut tu dtg tak mengira masa... hari ni kita sihat, tiba2 sakit tu boleh dtg menyerang.. kena jaga kesihatan & always be prepared..
source pics: encik google