Wednesday, March 31, 2010

maut dirempuh ketika isi minyak

taken from utusan online:


KUALA LUMPUR 29 Mac - Seperti kebiasaan, rutin Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, adalah mengisi minyak keretanya di stesen minyak BHP di Jalan Cheras, Taman Midah. Namun malang menimpanya malam tadi, apabila tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta, Hyundai Getz yang terbabas ketika dia sedang mengisi minyak keretanya.


Akibat rempuhan tersebut, Mohd. Yusri cedera parah di kepala dan meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kereta Hyundai Getz itu terbabas dipercayai setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di tepi jalan tersebut.


"Kereta dipandu seorang wanita berusia 23 tahun itu lalu meluru masuk ke stesen minyak tersebut dan merempuh mangsa yang sedang mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Abdullah menambah, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat.


Menurutnya, polis telah merekod keterangan pemandu itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



kesian pd mangsa & familynya kan? nak pegi isi minyak je pun, tiba2 boleh pulak ada kereta terbabas dkt situ. kalau dah ajal tu, boleh dtg di mana2 & bila2 masa pun..


kwn aku bg tgk rakaman cctv kejadian tu. aku pun tak tau dr mana dia dpt. tp memang sekelip mata jek tiba2 kereta getz tu merempuh mangsa.


nasib baik lah tak meletup stesen bhp tu.


al-fatihah..

2 comments:

Sharinginfoz said...

macam2 terjadi kan.. apa-apa pun semoga arwah ditempatkan bersama-sama org beriman...

Jom Carrefour Express

Nombor Kat McD???

Liza said...

Takziah for the family, and Al-Fatihah to Arwah....