excerpt dr berita harian 29 mac;
BALING: Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu, mendakwa sudah berkahwin dipercayai dengan seorang pemuda berasal dari Langkawi berusia 19 tahun dan kini menetap di Kuala Krai, Kelantan.
Perkahwinan itu dimaklumkan sendiri Halimaton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, di sini, semalam tetapi tidak menjelaskan siapa pemuda yang dikahwininya.
Bagaimanapun, menerusi siasatan yang dilakukan datuk saudaranya, Ahmad Omar, 43, nama Halimaton didapati tercatat dalam daftar perkahwinan di Golok, sempadan Kelantan-Thailand.
Halimaton yang terpilih sebagai pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Kedah pada 2007, dilaporkan keluar dari rumah pada pagi Isnin lalu untuk mengulang kaji pelajaran bersama rakannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang (SMKPP), dekat sini.
Dia bagaimanapun, dikatakan menghubungi ibunya lewat malam berkenaan, untuk memaklumkan dia ke Langkawi menemui seorang kawan.
Bagaimanapun, keesokan harinya, Halimaton dikatakan pulang ke rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sebelum disedari hilang dan gagal dikesan.
utk berita penuh, klik sini..
hai.. tak paham betul aku. baru umur 15 tahun dah gatal nak kahwin. dulu aku time form 3 aku tak terpk pun psl kahwin. baru reti nak bercinta monyet. itupun tak terpk nak kawin dgn crush aku tu. advance betul lah budak2 sekarang ni.
u'll miss so much fun in your teenage life, girl..
3 comments:
this is one of the thing which i fear as a parent...May Allah continue to protect our family...Amin....
macam2 le kan.. apa-apa pun harap semuanya sudah ok....
Jom PC Fair
Apa Lagi Dragon Le
k.liza,
betul tu.. sekarang ni kena bg didikan yg betul. risau dgn anak2 & remaja sbb byk sgt pengaruh dr luar..
sharinginfoz,
a'ah.. moga2 budak tu menyesal dan nak sambung sekolah semula..
Post a Comment